Wednesday 1 July 2009

Positive Virus H1N1



To all cousin and friends harap maaf pasal aku inda terupdate blog ani salnya aku kena kurantin di Hospital Tutong for positive H1N1... to my wife famili minta maaf atas kesusahan ani.
Doakan aku cepat sembuh saja dan dapat bersama-sama dengan kamu semua. Thanks...

Ceritanya cemani:
Pada 23/06/2009 aku bersama isteriku pergi ke Kuala Lumpur selepas acara Majlis Perkahwinan kami dan balik pada 25/06/2009 ke Brunei. Pada 30/06/2009 semasa menghadiri arah rumah Mulah Nini Uda di Kampong Salambigar pasal anak Uncle Ahmad meninggal dunia aku rasa panas badan so aku inda ikut ke Tanah Perkuburan untuk mengkebumikan anak Uncle Ahmad. Dalam pukul 1430Hrs, aku bersama Mohaizah pergi ke Kelinik Polis untuk check so dari sana aku n Mohaizah kena kurantin. dari kelinik polis kami kena transfer ke Bilik Gerakan Hospital RIPAS. Alhamdulillah Mohaizah dalam keadaan stabil dan aku kena screening di Screening Unit A/E RIPAS. Masa atu panas badanku 37.8 degree. Lepas kena ambil sample dari kerongkong dan hidungku, kami kena suruh balik dan kena bagitahu yang aku mesti menunggu keputusan dari diorang (MOH) sama ada aku negative or positive. Sampai di rumah isteriku, Mohaizah menjaga aku dan menyukat panas badanku mencapai 38.3 Degree. Pada 1 Julia, 2009 jam 0300Hrs, aku menyukat panas badanku dengan thermometer yang ku beli menunjukkan angka 36.0 Degree. Alhamdulillah inda lagi panas badanku. Pada jam 1621Hrs, aku terima telepon dari kakitangan MOH mengatakan aku positive H1N1 dan aku dimaklumkan aku akan dikurantin di Hospital Tutong. Pada jam 1657Hrs, kakitangan Hospital RIPAS ada menelepon aku yang diorang kan mengambil aku dengan menggunakan ambulance. Semua famili isteriku kena kurantin dalam umah selama seminggu. So to all saudara mara dan sahabat handai tolong doa-doakan aku cepat sembuh dan semua famili isteriku inda apa-apa supaya aku dan isteriku serta familinya dapat lepak-lepak, beibun dan chill sama kamu semua lagi..... Thanks.


Gambar aku dalam masa kurantin dalam bilik... hanya laptop dan internet saja jadi kawanku buat masa ani... ehhehee...

Update:
Pada 1.7.2009 jam lebih kurang 1825Hrs, aku menerima panggilan telepon daripada kakitangan Hospital RIPAS yang mana pegawai atu memaklumkan yang katil di Hospital Tutong penuh dan aku di kurantin dalam bilik saja dan setiap hari aku dirawat oleh nurse di dalam bilik ku (umah wifeku) huhuhuhu.. alhamdulillah. My worries adalah apa kan ku buat sana selain aku main game yang ada dalam Handphone dan laptopku n liat DVD pancing... what a small world kali ah sana atu.... p alhamdulillah n aku tetap akan berusaha agar kesihatanku akan beransur baik. Doa dari saudara mara dan sahabat handai masih ku perlukan dan jangan jua lupa doakan semoga negara kitani ani bebas daripada virus H1N1. Beside atu kalian semua haruslah berhati-hati dan menjaga kesihatan diri masing-masing agar inda jadi macam aku. Cukup tah aku saja yang merasa n ku doakan semoga kalian semua inda kena penyakit atau virus ani amin ya rabbal alamin.


Ubat, Glove, Mask dan thermometer yang kena bagi oleh pegawai dari MOH kepada famili Mohaizah.... thanks MOH.

Update:
Pada 1.7.09 jam 1938Hrs, aku menyukat body temp ku iaitu 37.1 degree... masa ani aku ada batuk-batuk n alum adanurse yang merawat aku dari tadi. Diorang famili biniku kena bagi ubat dah n kena check.. mengikut my wife (we chat through MSN ehehe) diorang kena bagi cuti seminggu n makan ubat start pukul 2200Hrs ani. Sian famili wife ku sal kana kurantin tia jua pasal aku... sorry. To Waina, Adek n Norli.. lepas tua sihat nanti tua bawa jalan... Love u all...


Gambar aku masa atu menunjukkan jam 0135Hrs pada 2/7/2009. Saja menunjukkan arah you all semua betapa boringnya dalam Quarantine ani huhuhuhu....

Update:
Pada 2/7/2009 jam lebih kurang 0023Hrs, aku menelepon ke Unit Gerakan MOH untuk bertanyakan sama ada jadikah nda nurse merawat aku di umah salnya dari jam 2212Hrs udah ku menunggu then pegawai yang menjawap telepon ku memaklumkan yang mana nurse yang bergerak dari rumah ke rumah masa ani berada di Kampong Perpindahan Rimba membuat rawatan jua then lepas atu baru tah diorang ke Lambak katanya so aku just duduk-duduk dalam bilik sorang-sorang hingga jam 0100Hrs, aku menyukat suhu badanku dan dalam thermometer yang ku beli dari Kedai Guardian menunjukkan angka 36.8 degree. 15 minit lepas atu aku minta buatkan tea panas arah my wife Mohaizah then kami minum sama-sama di Dapur. Gambar di atas adalah lepas aku minum sama Mohaizah n saja-saja kan menunjukkan arah kalian semua betapa boring hidup dalam quarantine ani. Nasib jua di sini udah ku pasangkan espeed n aku mempunyai sebuah laptop atleast ada jua kan dibuat while chill sorang-sorang ani. Alhamdulillah baik jua aku inda kena tempatkan di Tutong coz nda ku dapat gambarkan cemana situasi di sana.... Masa aku membuat update ani iaitu jam 0143Hrs, aku sedang meliat movie ceta Vantage Point arah Desktop Mohaizah... nasib jua my wife ani ada mendownload banyak movie arah external harddisc nya ehehhee. To my wife, Isma ucapkan terima kasih kerana memberikan sepenuh perhatian dalam menjaga sakit Isma d malam. Love you Hny... Ok to you all my cousin n friend jangan lupa doakan aku cepat sembuh dan jaga diri baik-baik diluar sana coz virus ani boleh menjangkit dengan mudah. My advise pakai mask dan selalu cuci tangan. K, nanti ku update lagi. Bye... For info nombor telepon bilik gerakan MOH ialah 2227785.

No comments:

Post a Comment