Monday 20 July 2009

Memancing di Sungai Matan

Pada 19hb Jun 2009 jam lebih kurang 0730Hrs, aku (Hadgi Gecko) bersama Qawi dan kawannya turun memancing ke Kampong Sungai Matan dengan berbekalkan 6 batang joran, 3 kirikan dan Udang Hidup harga $1 = 10 ekor berjumlah $4 (sponsor by Qawi). Sesampai kami di sana, ada satu pasang suami isteri udah mengambil port kami iaitu lagun yang nampak arah gambar mula-mula. So aku membuat keputusan untuk mengail depan rumah si Guli yang ada menjual nasi lemak dan minuman tin. Tempatnya ani siuk jua sal ada tempat berteduh. Dipendekkan cerita, kami belurih 2 ekor anak Ikan Languran a.k.a anak Ikan GT, seekor Ikan Garut-Garut dan seekor Ikan Langut. Memandangkan masa tidak mengizinkan kerana aku terpaksa balik untuk menghadiri jemputan kahwin sebelah rumah dan Qawi akan berdikir pada jam 1400Hrs so kami balik pada jam 1100Hrs. Keadaan cuaca masa atu alhamdulillah sadang jua panasnya dan keadaan air pada awalnya pasang dan menjadi surut mulai jam 0930Hrs.

For Qawi, nanti lagi tani mengail. Lepas-lepaskan tia dulu your O'level Exam dan abang doakan semoga Qawi mendapat keputusan yang cemerlang nanti... Amin.

Belum lagi apa-apa udah tia kawannya melabuh umpan... next time abang mengajar cara ikatan yang simple lagi ah... huhuh

Qawi sedang mengikat kili-kili pada tali sulam... ikat baik2 jangan lepas ah...


Kawan Qawi sedang bersedia untuk mengumban umpan ke air....


Ikan Langut yang diperolehi oleh kawan Qawi...


Langut yang dinaikkan oleh beliau...


Aisehmen... anak Ikan Languran a.k.a Anak GT

Menyaksikan perlawanan DPMM FC vs Albirex Niigata FC









Majlis Bersanding Hjh Nur Amani binti Taib (1st Cousin) pada 28hb Jun, 2009 bertempat di Kampong Tanjong Nangka