Sunday 13 September 2009

Menziarahi Pusara Perindungan-Perindungan Kitani (1430/2009)

"Dari Abi Mas'ud Radiallahuanhu, sesungguhnya Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda: Pada mulanya aku melarang kamu menziarahi kubur, kini bolehlah kamu menziarahinya kerana sesungguhnya menziarahi kubur itu boleh menzihadkan kehidupan di dunia dan mengingatkan akhirat".




"Dari Abi Hurairah Radiallahuanhu, bahawasanya Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda: Apabila seseorang manusia itu mati, akan terputuslah daripadanya segala amalannya melainkan tiga perkara: Sedekah yang berterusan manfaatnya, ilmu yang dimanfaatkan, atau anak yang salih yang mendoakan baginya".





"Dari Sulaiman bin Buraidah dari bapa-Nya: Sesungguhnya Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasalam mengajar mereka sekiranya menziarahi kubur supaya mengucapkan: Assalamualaikum, mudah-mudahan Allah melimpahkan salam sejahtera kepada kamu sekalian wahai penghuni kubur orang-orang Mukminin dan Muslimin, dan sesungguhnya kami insya-Allah akan bertemu kamu, kami memohon kepada Allah keafiatan untuk kami dan bagi kamu juga".





"Dari Abdullah bin Buraidah dari bapa-Nya, Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda: Sesiapa yang ingin menziarahi kubur, berziarahlah dan janganlah kamu bercakap-cakap perkara yang batal".



"Dari A'isyah Radiallahuanha katanya: Seseorang lelaki datang bertanya kepada Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam: Ya Rasulallah! Ibuku meninggal dengan secara tiba-tiba dan dia tidak sempat berwasiat. Menurut dugaanku, seandainya dia sempat berbicara, mungkin dia akan bersedekah. Dapatkah dia pahalanya jika aku bersedekah atas namanya? Jawab Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam: Ya".






Firman Allah Subhanahu Wataala dalam Surah Yunus ayat 25 tafsirnya:

"(Itulah dia kesudahan kehidupan dunia) dan sebaliknya Allah menyeru manusia ke tempat ke diaman yang selamat sentosa dan Dia sentiasa memberi petunjuk hidayah-Nya kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya menurut undang-undang peraturan-Nya ke jalan yang betul lurus yang selamat itu".

No comments:

Post a Comment